Welcome Guest [Log In] [Register]

.:: Malaysian Top School Website (Please Vote!) ::.

.:: National Examination Countdown ::.


SMK Putrajaya Presint 8(1) Auxillary



.:: Quote of the day ::.
"Power may come and go, but greatness is forever"
.:: School's Media::.
Currently unavailable

☼ Ulung ☼ Utama ☼
☼ Unggul ☼


Selamat Datang ke forum Rasmi SMK Putrajaya Presint 8 (1)

A very warm & humble welcome to the representatives from The Ministry of Education Brunei Darussalam to our official forum. Please enjoy your stay!

Cemerlang, Gemilang, Terbilang! Tahniah Diucapkan kepada 29 orang pelajar yang berjaya mendapat Straight A's dalam Peperiksaan PMR 2008

Kejohanan Sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 13 febuari 2009. Untuk informasi selanjutnya, sila rujuki papan Unit Kokurikulum SMK Putrajaya Presint 8(1).

Kedudukan & Data rumah sukan terkini akan dimasukkan ke dalam forum. Semua pelajar & guru akan dimaklumkan selepas data dikemaskini dan dimasukkan.

Attention Students & Teachers, For more Information on the upcoming event in the school, please refer to the School Board or browse into our calendar.


.:: Total Students in School (2009) ::.
1020
.:: Numbers of Teachers/Staff ::.
96
.:: Date of schools Establishment ::.
January 2001
.::Malaysian Official Time(GMT+8)::.


« ♥ .:: ~ SMK Putrajaya Presint 8(1) Upcoming Event & Notice ~ ::. ♥ ♣ Kejohanan Fun Run 2009 (School Event) ← 16 Januari 2009 ♣ Lawatan Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam (International Visit) ← 21 Januari 2009 ♣ Kejohanan Sukan Tahunan 2009 kali ke-10 ← 13 Februari 2009 «
Welcome to SMK Putrajaya Presint 8(1) Official Forum.
We hope you enjoy your visit.

Student & Teachers Please register an account, registration is fast and simple!

If you join our community, you'll be able to post and access certain sections of the forum.

Registration is simple, fast, and completely free!


Join our community! Click Here to Register


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Username:   Password:
Add Reply
Sekolah Kluster
Topic Started: 18th November 2008 - 09:09 PM (2,441 Views)
angeloYnna
Administrator
[ * ]
BERJAYAKAH SEKOLAH KITA DAPAT SEKOLAH KLUSTER TAHUN NI... ^o)
KEPUTUSAN PMR DAN SPM 2008 LAH YANG AKAN MENENTUKANNYA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK DAPAT KLUSTER...
TAPI...KALAU DAPAT...BESTNYE... :wub:

DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;

* Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
* Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
* Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

* Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
* Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
* Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
* Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
* Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

* Prasyarat Pertama
o Pengukuran Standard Sekolah:
* Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

* Prasyarat Kedua
* Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
* Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:

+ SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
+ SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
+ SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
+ SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah

o Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
o Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
o Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
o GPS UPSR : 2 dan ke bawah

c. Syarat Pemilihan

* Kecemerlangan murid dalam aspek:
o Akademik
o Kokurikulum
o Sahsiah
* Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
* Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
* Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
* Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
* Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
* Keberkesanan pelaksanaan program KPM
* Sekolah berwatak

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

* Langkah 1: Penerimaan pencalonan
* Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
* Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
* Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
* Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
* Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER

Pemimpin sekolah kluster ialah:

* Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
* Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
* Jawatan: school-based post

Guru-guru sekolah kluster pula:

* Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
* Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
* Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
* Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

* Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
* Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
* Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:

* Berpandukan:
o Key Performance Indicator (KPI)
+ pengurusan sumber manusia dan fizikal
+ sumber kewangan
+ pembangunan profesionalisme staf
+ program kurikulum dan kokurikulum berkesan
+ lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
o TOR Sekolah Kluster

Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:

o Umum (untuk semua sekolah)
o Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:

* Pematuhan piawai yang berikut:
o Akta Pendidikan 1996
o Sistem Pendidikan Kebangsaan
o Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
o SKPM

Senarai Bidang Autonomi:

o Pengurusan Sekolah
o Pengurusan Sumber Manusia
o Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
o Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
o Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti:

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan Agensi Lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

o Biasiswa
o Kewangan/Dana
o Program Kecemerlangan Akademik
o Program Kecemerlangan Kokurikulum
o Program Kerjaya

IMPAK SEKOLAH KLUSTER

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

Program Kecemerlangan Kokurikulum

* Program Kerjaya
* Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
* Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
* Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
* Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
* Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
* Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
* Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
(6.9% daripada 350,000 guru)
* Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Edited by angeloYnna, 18th November 2008 - 09:11 PM.
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
ZetaBoards - Free Forum Hosting
ZetaBoards gives you all the tools to create a successful discussion community.
« Previous Topic · Announcements & News · Next Topic »
Add Reply