Welcome Guest [Log In] [Register]
Add Reply
Kedayan Sepintas Lalu; Asal usul Kedayan, puak Kedayan, Brunei
Topic Started: Sep 24 2010, 07:19 AM (6,517 Views)
EDDY LEBS II

Kaum Kedayan berjumlah sekitar 100 ribu orang di Malaysia dengan tumpuan penempatan di bahagian utara Sarawak dan Teluk Brunei di Sabah. Nama Kedayan dipercayai berasal dari kata Kedayan atau Kadang Kadayan yang membawa maksud pengikut atau 'retainer' kepada kerabat di raja. Nama ini dipercayai diperolehi bersempena dengan pekerjaan awal nenek moyang mereka yang diyakini berasal dari tanah Jawa atau dari wilayah-wilayah yang mempunyai pengaruh Jawa yang kuat.

Kepercayaan awal mengatakan yang bangsa Kedayan ini berasal dari 40 orang tukang dan pengikut Raden Angsuka Dewa putera raja Majapahit yang kalah bersabung ayam dengan Alak Betatar. Mereka menjadi taruhan dan gadaian.Peristiwa ini dikatakan berlaku sekitar tahun 1340an. Penempatan asal mereka dikatakan terletak di Mejawa Jerudong Brunei. Orang-orang tua Kedayan dahulu sering menyebut perkataan Kedayan Mejawa. Nama Kedayan Mejawa juga pernah disebut dalam kajian lisan asal usul Kedayan oleh UMS di Labuan.

Kedua, Kedayan dikatakan pengikut puteri Lela Menchanai permaisuri Sultan Bokiah. Samaada mereka dibawa direct dari lingkungan Istana Jawa atau tidak itu tidak pasti. Mungkin mereka ini merupakan keturunan rombongan kapal yang dibawa bersama-sama dengan Puteri Lela Menchanai. Ini adalah kerana ada pendapat yang mengatakan sewaktu berada di Jawa, baginda Sultan Bolkiah telah menawarkan beberapa orang Jawa untuk berhijrah ke Brunei dan menanam padi serta tanaman di sana, kerana baginda kagum dengan keahlian bangsa Jawa ini dalam bidang pertanian. Rekod di Brunei juga mencatatkan yang bangsa Kedayan merupakan bangsa yang pertama memperkenalkan penanaman padi sawah di sana.

Tapi di dalam Syaer Awang Semaun, tercatat yang bangsa Kedayan telah wujud seawal kewujudan Alak Betatar lagi. Ini disebut di dalam kisah orang Kedayan telah menolong angkatan laut Johor mencari Puteri Dayang Pingai yang diculik oleh Awang Semaun untuk diperisterikan oleh Alak Betatar. Mungkin kedua-duanya benar. Kumpulan Kedayan yang pertama ialah keturunan pengikut Raden Angsuka Dewa dan kumpulan yang kedua ialah rombongan dari Jawa yang di bawa oleh Sultan Bolkiah dalam tahun 1524 Masihi.

Bangsa Kedayan boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu Kedayan Salar, Kedayan Tambing dan Kedayan Melabau. Kedayan Salar ialah Kedayan yang asli dan pure, Kedayan Tambing ialah Kedayan Peranakan dan Kedayan Melabau ialah Kerabat di Raja Brunei yang menyamar menjadi Kedayan dan seterusnya menjadi Kedayan untuk mengelakkan dari dibunuh akibat perebutan takhta. Kedayan Melabau lebih dikenali sebagai Orang Melabau. Orang Melabau juga sebenarnya mempunyai darah Kedayan melalui ibu mereka. Kedayan keturunan Melabau akan menggunakan nama Paduka didepan nama bagi menggantikan Pangeran.Nama lain bagi orang Kedayan ialah Bangsa Brunei Darat atau Orang Darat.

Dalam sejarah Brunei, peranakan Kedayan yang paling dikenali ialah Yang Amat Mulia Pengeran Kassim atau Orang Kaya Kassim atau Orang Kaya Harimau Padang. Ibunya seorang Kedayan berasal dari Jerudong tapi tiada nama direkodkan. Baginda merupakan putera kepada Sultan Saiful Rijal. Sultan Saiful Rijal dikatakan pernah mendirikan istana di kawasan Sungai Kedayan berdasarkan penemuan arkeologi. Sumbangan terbesar Pangeran Kassim ialah mengalahkan angkatan Kastilla Sepanyol bersama-sama dengan Pangeran Bendahara Sakam dan 100 orang pahlawan Brunei.

Pemimpin Kedayan kedua paling terkenal ialah Mantri Kedayan Paduka Seri Laila Orang Kaya Besar Imas dari Subok pada abad ke 18. Beliau merupakan anak kepada Pangeran Muda Besar Abdullah dengan seorang Kedayan, Dayang Siti Ambong binti Abdul Rahman. Orang Kaya Besar Imas bertanggungjawab membantu Sultan Muhyiddin menewaskan Sultan Abdul Mubin dalam perang 12 tahun. Pada zaman beliau ini keturunan Kedayan Melabau wujud. Menurut catatan, saudara Orang Kaya Besar Imas, Pangeran Anak Jamluddin lari dari istana akibat takut dibunuh oleh orang suruhan Sultan Jalilul Jabbar -Pangeran Muda Besar Sulong. Sebelumnya ayah Pangeran Anak Jamaluddin, Pangeran mUda Besar Abdullah dibunuh oleh pengawal istana berketurunan Bugis -Junggal bin Minu. Keturunan orang Melabau terkenal yang lain ialah Paduka Seri Wahab - Raja di Darat (diiktiraf Sultan Hashim), Panglima Paduka Jais anak Paduka Nayan. Panglima Paduka Jais pernah merantau keseluruh Pulau Paaca ( Kedayan bagi Perca -Borneo) mencari orang-orang Kedayan untuk mendapat sokongan bagi merampas kembali takhta kerajaan kepada yang berhak. Pada zaman ini berlaku permusuhan yang ketara di antara Raja Di Laut ( Brunei) dan Raja di Darat ( Kedayan )...

Pemimpin Kedayan lain yang terkenal ialah Panglima Datu Seri Setia Ghaffar Salam hidup pada zaman Sultan Hashim Aqamaddin. Sumbangan yang kekal sehingga sekarang ialah nama Bukit Kota. DUN Bukit Kota Limbang mendapat nama bersempena dengan tempat ini. Bukit Kota merupakan pusat pertahanan beliau menentang Datu Kalam dalam peristiwa Ayau Sangkai Kalam.

Banyak lagi kisah mengenai bangsa Kedayan yang perlu dikaji dan diketengahkan antaranya Panglima Saban ( Kedayan Sabah dikatakan pengikut beliau), Panglima Kunchang, Haji Brunei ( Pemimpin Kedayan Pulau Pinang zaman Francis Light), Penghulu Haji Abdul Ghafur ( pemimpin dan pengasas penempatan Kedayan Sibuti Miri ), Juragan Landak (pemimpin Kedayan di Kuching zaman Brooke), Beliau Samah dan Radat dari Bukit Sari ( pengasas penempatan Kedayan di Lundu) dan lain-lain. Begitu juga sumbangan 300 orang Kedayan bersama-sama Pangeran Yusuf yang cuba menentang peluasan kuasa oleh James Brooke dengan cuba merampas kuasa dari jatuh ketangan Pangeran Muda Hashim.


gambar : Kampung Kedayan tahun 1900
Attached to this post:
Attachments: kedayan_natives_logo.jpg (34.26 KB)
Edited by EDDY LEBS II, Sep 24 2010, 07:00 PM.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
thrasher115
Administrator
maklumat yang bagus bro,kamek dolok mun sik kerja di miri sik tauk gilak tentang masyarakat kedayan..yalah hanya dengar ajak..bila dah kenal baru dah cinta nak..Bekenu jadi tempat permainan,kampung bekenu asli,kampung kelulit..mun di kuching sikda dengar orang berdialek kedak di area sia..

sigek maok berik pendapat juak bro..dialek kedayan tok nya mirip mirip kepada dialek banjar(mun banjar mbak kelakar melayu) jadi bunyi mcm kedayan.mungkin ada pertalian juak kali tentang ya yang belum dikenalpasti kah..tentang pengaruh jawa yang nang pastilah bro sebabnya dari zaman dolok kawasan pantai barat(area kuching.mukah,bintulu,miri dan brunei kinek tok) nang banyak dipengaruhi sidak majapahit..bahkan ajaran likau dalam masyarakat melano pagan ya banyak unsur jawa kehinduan.Jadi tentang masyarakat kedayan dipengaruhi jawa tok memang ada dekat kali..
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
EDDY LEBS II

Benar ya bro..sebab ya ada pendapat sebenarnya Kedayan tok bukan direct dari Tanah Jawa tapi daerah2 yang mempunyai pengaruh Jawa yang kuat khususnya Kalimantan. Wilayah-wilayah tok pernah jadi jajahan takluk Majapahit dan ramai penghijrah Jawa berpindah ke sana. Sebab ya mun ditangga budaya dan bahasa Banjar ada pengaruh Jawa yang kuat sedangkan Banjar ya asalnya suku Dayak. Lebih2 lagi, Kisah Lela Menchanai yang mitosnya lahir dari tengah laut itu mirip kepada Kisah Puteri Junjung Buih, kisah mitos diraja Kalimantan. Ada pihak di Indonesia di dalam wikipedia bahasa Banjar mengkategorikan bahawa bahasa Kedayan itu keluarga bahasa Kutai yakni serumpun dengan bahasa Banjar. Dan, ada budayawan Kedayan merasakan yang nama Kedayan itu berasal dari perkataan Kutai-an - Orang Kutai.

Lagi ada pendapat yang mengatakan nenek moyang Kedayan yang Dayak Kendayan salah satu suku Iban Kalimantan. Mungkin benar juak ya...dalam ertikata lain orang Kedayan tok berasal dari wilayah Kalimantan yang diperintah oleh orang Jawa.
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
thrasher115
Administrator
Kutai-an ..awok owh menar juak sik terfikir ku..mungkin ada kaitan..kerajaan Kutai tok salah satu kerajaan lamak ya..
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
EDDY LEBS II

Yup Kutaian - Orang Kutai Kerta Negara, mun di Indonesia dah ada usaha memasukkan suku Kedayan dalam kumpulan bangsa Kutai....cuma pencarian asal sebenar bangsa Kedayan makin susah sebab sekarang di Sabah, entah bagaimana beberapa pertubuhan KadazanDusunMurut telah memasukkan bangsa Kedayan sebagai salah satu kumpulan sub etnik mereka walaupun kurang dipersetujui oleh pemimpin Kedayan di sana. Mun dah dijadikan suku KadazanDusunMurut maka sejarah bangsa Kedayan sudah berubah sedikit maklumlah asal bangsa KadazanDusunMurut kan dikatakan dari Nunuk Ragang - Pokok Kehidupan....peliknya bangsa Brunei walaupun mempunyai persamaan bahasa dan budaya dengan Kedayan tidak pula dimasukkan ke dalam sub etnik KadazanDusunMurut............

Dalam satu kajian KDCA, mereka pernah mengurtarakan pendapat bahawa nama Kadazan itu berasal dari Kedayan dan Kadayan atau Kakadayan iaitu Orang Kota, Orang Bandar, Orang Pasar. Dan menarik pula ada satu pendapat bahawa nama Kedayan itu berasal dari perkataan Kedai. Orang orang Kedayan ini suatu ketika dahulu suka membuat kedai ditepi-tepi sungai menanti kedatangan 'PAADIAN' -pedagang Melayu Brunei berperahu yang akan membeli hasil tani dan bumi mereka (Kedayan). Dalam sejarah ekonomi Brunei lama dan turut disebut dalam syair Awang Semaun, PAADIAN merupakan saudagar Melayu Brunei dari kampung air yang akan menjual barang2 seperti kain tenunan, garam, hasil laut dan sebagainya kepada PENGALU ( pedagang di darat khususnya kaum Kedayan). Pengalu akan menjual barang2 tani seperti beras, buah-buahan, hasil hutan dan sebagainya melalui sistem barter sebelum pengenalan wang pitis Brunei. Oleh kerana orang Kedayan ini tinggal di darat maka bolehlah mereka membina kedai tempat menyimpan hasil jualan mereka. Dan sampai sekarang di kalangan bangsa Kedayan itu terkenal dengan TAMU mereka. Jadi apabila sultan Brunei melawat ke darat dan nampak banyak kedai-kedai ditepi sungai, orang Darat ini dipanggil orang berkedai-kedaian. Nama kedai-kedaian menjadi Kedayan kemudiannya.....................

Wallahu'alam bro....
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
ilhan67

Salam semua...kepada penulis saya berminat untuk berhubungan (contact) dengan saudara kerana saya ingin mencari informasi lebih lanjut dan saya juga berasa hairan bahawa beberapa informasi saya tidak mengetahui...Oleh itu jika sekiranya saya dapat kerjasama dengan saudara.

Terima kasih.

Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Jahar

Macamana kalau Orang Kedayan itu memang berasal dari Brunei..bukan dari Jawa atau Kalimantan.. menurut catatan China Brunei memang pernah berada di bawah pengaruh kerajaan Majapahit.. tiada bukti kukuh yang benar2 mengatakan orang Kedayan berasal dari Jawa yang dibawa pada Zaman Sultan Bolkiah...
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
« Previous Topic · Kedayan · Next Topic »
Add Reply

Theme created by tiptopolive. Find more great themes and skins at the ZB Theme Zone.