| Selamat Datang ke My E Shoppe. Kami berharap anda menemui apa yang diidamkan. Anda sedang menggunakan laman ini sebagai pelawat. Ini bermakna ada bahagian-bahagian tertentu tidak boleh dicapai dengan akses pelawat anda. Jika anda mendaftar, pelbagai ruangan khas untuk ahli boleh anda gunakan, seperti berbincang dengan pelanggan lain, menyuarakan pertanyaan, memberi maklumbalas, cadangan dan banyak lagi fungsi lain. Pendaftaran adalah mudah, cepat dan percuma. Daftar sekarang. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| Laman CMS My E Shoppe; Kata-kata Aluan Pengurus Projek My E Shoppe | |
|---|---|
| Tweet Topic Started: Feb 17 2010, 03:27 AM (96 Views) | |
| myeshoppe | Feb 17 2010, 03:27 AM Post #1 |
|
Administrator
|
Assalamualaikum / Selamat Sejahtera, Dengan rasa penuh syukur ke atas rahmat kurniaanNya yang tidak terhingga, hari ini, dapatlah kita menyaksikan salah satu kejayaan sekumpulan kecil manusia di dalam masyarakat kita yang mempunyai keazaman dan hasrat yang kuat ingin menjayakan sesuatu. Benar, bunyinya agak 'berat', tetapi inilah kenyataan yang patut kita terima, bahawa laman CMS My E Shoppe ini bukan sekadar untuk menjual produk, tetapi juga untuk memperkukuhkan kedudukan orang kita di dalam industri yang semakin pesat membangun. Dengan gabungan seni dan teknologi, maka wujudlah watak-watak yang dapat dilihat pada siri-siri produk My E Shoppe; yang memakan berpuluhan jam kerja keras anggota-anggota yang terlibat. Watak-watak ini dibuat supaya amat hampir dengan kita, sama ada kita sedar atau tidak. Jadi, anggaplah produk-produk My E Shoppe ini, juga adalah karya seni anak-anak tempatan yang wajar diberikan penghargaan. Bermula dengan kajian pasaran, proses pembangunan watak, penilaian tahap kesesuaian, suntingan grafik berkomputer, teknologi percetakan yang kos-efektif, produk-produk ini diharapkan dapat menepati selera masyarakat kita, dan bakal mendapat sokongan padu dari pasaran tempatan. Hasil-hasil karya ini terlindung secara harta intelek dan dagangan, bagi menjaga keharmonian industri, dan secara simboliknya menggalakkan persaingan sihat. Bagi tujuan perlindungan hak-hak intelektual ini juga, produk-produk ini hanya boleh dibeli melalui tempahan terus di laman CMS ini, secara tempahan pos dan secara terus di booth promosi juga di pengedar lantikan yang sah sahaja. Selain sebagai kaedah perlindungan, jualan secara begini juga dirasakan dapat mengekalkan imej produk yang ekslusif, yang bukan dengan mudah sahaja boleh dibeli di pasar malam. Antara konsep asas produk-produk My E Shoppe ialah, 'biarkan ia kekal ekslusif, tetapi kekal juga dengan harga termampu'. Bagaimana kami melakukannya? Kami bangunkan watak dan rekabentuk sendiri produk-produk ini, bagi mengelakkan kos-kos tidak perlu seperti royalti dan kos upah artis grafik professional yang mahal. Penjimatan kami ini kami pulangkan kepada anda sebagai penjimatan kepada kos perbelanjaan anda. Kepada online shoppers, jualan akan dibuka dalam tempoh terdekat ini. Nantikan pengumumannya. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan anda. Sekian, terima kasih. Pengurus Projek merangkap Pengasas My E Shoppe Dot Net 17 Feb. 2010 Edited by myeshoppe, Feb 17 2010, 03:31 AM.
|
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| « Previous Topic · Pengumuman & Berita · Next Topic » |




2:21 PM Jul 11