Welcome Guest [Log In] [Register]
DealsFor.me - The best sales, coupons, and discounts for you
Assalamualaikum buat bakal ahli-ahli baru sekalian,

Kategori Ahli di dalam forum adalah terdiri daripada beberapa kumpulan seperti berikut:-

  • Guest
    Belum berdaftar sebagai Ahli. Akses Terhad pada MainBoard sahaja.
  • Validating
    Telah berdaftar, perlu buat intro di topik 'Salam Pengenalan' serta isi maklumat ahli. Akses Terhad.
    Akan hanya diserap sebagai ordinary member selepas 10 posting.
  • Ordinary Member
    Telah berdaftar. Telah membuat Salam Pengenalan dan isi maklumat ahli. Akses di buka selepas 10 posting. Terikat dengan pangkat2 dalam forum mengikut jumlah posting,
    - Awang Locheh (50 posting pertama)
    - Kutu Kapong (51 hingga 100 posting)
    - Samseng TehikKelat (101 hingga 200 posting)
    - Abang Bongsu (201 hingga 500 posting)
    - AbangLong (501 hingga 1000 posting)
    - OrangBesar Jajahan (1000 hingga 2000 posting)
    - Dato PadukaRaja (2001 hingga 2500)
    - Dato RajaDiHilir (2501 hingga 3000)
    - Dato MaharajaLela (3001 hingga 4000)
    - DatoSri Bendahara (4001 hingga 5000)
    - Duli BagindaTuanku (5001 ke atas)
    Kecuali mana2 ahli yang dianggap layak dianugerah satu pangkat simbolik dan ekslusif sebagai pengiktirafan.
    Contoh pangkat simbolik: YBhg Dato', Professor, Dato Ketua Kapong, Dato Panglima, Paparazzi, Al Ustaz, GengSTA FORUM, atau mana-mana yang difikir layak dianugerah mengikut kecenderungan, kedudukan dan sumbangan ahli kepada forum.
  • Senior Member - Ahli yang lahir sebelum 1960 (OTaI). Akses Terbuka. Terikat dengan pangkat Forum
  • Honorary Member (VViP) - Ahli yang dianggap layak sebagai Penaung atau Penasehat forum. Akses Terbuka. Tidak terikat kepada pangkat2 Forum tetapi pangkat mengikut kedudukan dalam masyarakat.
    Contoh: Profesor kepada Jai dan Dato' kepada Dato Fauzi Shaari.
  • Council Member - AJK Forum yang berbincang disebalik tabir. Boleh dipilih dari mana2 kumpulan yang bukan dari kumpulan Moderator Forum. Akses Terbuka. Pangkat mengikut kumpulan masing2
  • [color=#CC0099]Moderator[/color] - Ahli yang dilantik memimpin Forum bersama Tok Ketua Kapong. Akses Tiada had
Gena Nak Mula

Di bawah adalah 'template' kaedah asas zetaboards. Sekiranya ada Newbies/ahli baru yang belum mahir menggunakan command computer dan BBCode, tuan-tuan boleh 'cut & paste' 'template' ini dan PM kepada sesiapa yang memerlukan.

(1) Log in menggunakan ID dan password :
Log in guna ID dan password sendiri, dan tekan butang enter

(2) Membuat Introduction (wajib bagi ahli baru untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu) :
Member diminta membuat intro / salam pengenalan, iaitu memberitahu kehadiran saudara kepada rakan ahli yang lain. Turun ke bawah sedikit daripada column Pengumuman, 'Dari Meja Bekughik Tok Ketua Kapong', anda akan menemui kategori Tapak Mula / First Time In Forum (tulisan berwarna putih berlatar biru)

(2.1) Dalam kategori Tapak Mula / First Time in Forum (tulisan putih), click pada Salam Pengenalan / Newbies Intro (tulisan biru).

(2.2) Dalam Forum Salam Pengenalan / Newbies Intro (tulisan bertukar putih berlatar biru) terdapat belbagai topik intro oleh rakan ahli yang lain (tulisan orange).
Di atas sebelah kanan Forum Salam Pengenalan / Newbies Intro tersebut (tulisan bertukar putih berlatar biru) terdapat kotak biru bertulis 'new topic'.
Click butang tersebut dan anda akan berada pada paparan memulakan topik baru.

(2.3) Selesai posting di Salam Pengenalan, pergi ke topik 'Maklumat Ahli', di bawah topik 'Salam Pengenalan', isikan di kotak 'fast reply', nama penuh, alamat dan nombor talian bimbit, kemudian post. (Mengisi Maklumat Ahli wajib bagi ahli baru)

(3) Memulakan Topik Baru
(3.1) Untuk memulakan topik baru, klik kotak biru bertulis new topic (tulisan putih oren dalam kotak biru). Click butang tersebut dan anda akan berada pada paparan memulakan topik baru. Masukkan tajuk dan mula menaip.

(3.2) Toolbar berada disebelah atas untuk menukar warna font, menukar saiz font dsb. Hitamkan tulisan dan klikkan pada tool berkenaan.

(3.3) Emoticon box berada di sebelah kiri untuk memasukkan gambar emoticon. Hanya satu klik saja

(3.4) Tekan Preview untuk mengedit atau tekan Post Topic untuk menghantar. Pastikan topik yang di hantar berada dalam forum/kategori yang bersesuaian.

(4) Membalas Topik sedia ada
(4.1) Pilih mana-mana topik yang ingin dibaca dan dibalas (topik berwarna oren) dan klik tulisan oren tersebut.

(4.2) Dalam topik tersebut, terdapat thread (rentetan reply oleh rakan-rakan ahli yang lain).

(4.3) Untuk membalas, scroll down hingga ke bawah dan anda akan bertemu kotak biru di sebelah kanan bertulis Add Reply ( tulisan putih oren) dan klik. Anda boleh mula menaip dan jangan lupa klik post reply untuk menghantar.

(4.4) Butang report (sebelah bawah setiap post) adalah untuk menghantar laporan kepada administrator

(4.5) Butang quote (sebelah bawah setiap post) adalah untuk menyalin post tersebut ke dalam kotak reply. Ini bertujuan memberi hubungan langsung kepada dan impact antara reply dan post tersebut.

(4.6) Butang fast reply (paling bawah page tersebut) untuk membalas pada kadar segera tanpa menggunakan emoticon dan toolbar.

(5) Melayari Portal (20 topik aktif terkini, kotak hingar, active users online)
Untuk melihat 20 topik terkini paling aktif, pergi ke butang portal dan klik (butang portal berada di sebelah kanan bahagian bawah peta Batu Kurau)

Selamat Mencuba!

~Dato' SiteBounceR~

This Skin was Created by SickforGaborik/Meow of Signature Sports