Welcome Guest [Log In] [Register]
SEJARAH PENUBUHAN FORUM KOMUNITI TUKUGHO KAPONGKU - Satu Renungan

Idea penubuhan Forum Komuniti Tukugho Kapongku telah dicetuskan pada sekitar pertengahan 2007. Sasaran asal penubuhan adalah untuk menyatukan semula bekas pelajar serta pendidek SRJK(I) Batu Kurau yang lahir di era 60an. Forum komuniti ini pada peringkat awal ingin dijadikan sebagai tapak untuk berkomunikasi secara tidak formal dikalangan ahli berdaftar. Ekoran kesukaran mendapatkan rekod bekas pelajar SRJK(I) Batu Kurau era kelahiran 60an, maka sasaran dijuruskan pula kepada bekas penuntut SRJK(I) pelbagai lapisan umur. Pencarian masih menemui jalan buntu dan berakhir dengan kesuraman berterusan forum. Hanyalah pada awal 2008 forum bergerak sedikit aktif dengan kemasukan bekas-bekas pelajar SRJK(I) Batu Kurau kelahiran suku keempat era 60an.

Antara bekas-bekas penuntut yang telah dikenalpasti pada peringkat awal adalah seperti berikut:-

  1. En Zulkifli Adnan (1960)
  2. En Islan Ishak (1960)
  3. En Khairi Lijan (1961)
  4. En Hamir Saad (1961)
  5. En Muhammad Saad (1962)
  6. En Zaini Adnan (1962)
  7. En Samsuria Hasirin Selamat (1962)
  8. Prof Jailani Abu Hassan (1963)
  9. Pn Wah Lijan (1962)
  10. En Fadzil Abd Shukor (1963)
  11. En Rusli Abd Hamid (1963)
  12. En Isman Ishak (1963)
  13. En Murad Abd Mokhti (1963)
  14. En Zainal Abidin Yang (1963)
  15. En Murtaza Abd Mokhti (1964)
  16. En Shukri Md Yong (1964)
  17. En Jamal Mohamad (1964)
  18. En Azman Sulaiman (1964)
  19. En Mahali Mahmud Zuhdi (1964)
  20. En Nazra Md Zan (1964)
  21. En Mohd Amin Abd Wahab (1964)
  22. En Roslee Mansor (1964)
  23. En Roslan Mansor (1964)
  24. En Badruzzahi Ramli (1964)
  25. En Mustafa Abd Mokhti (1965)
  26. Supt Lokman Abd Hadi (1965)
  27. En Mohd Sufian Sahuri Ishak (1965)
  28. En Abd Halim Abd Wahab (1965)
  29. Pn Shamsidar Taharim (1965)
  30. En Azam Sulaiman (1966)
  31. En Johan Nordin (1966)
  32. En Syuhaimi Md Isa (1966)
  33. En Nazaruddin Yahya (1966)
  34. En Ismi Hisyam (1966)
  35. En Marzuki Md Zan (1966)
  36. En Syuhada Abd Wahab (1966)
  37. En Zainal Amri (1966)

Penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa dengan menambah kategori-kategori forum sehinggalah idea baru tercetus untuk menjadikan Forum Komuniti ini sebagai Forum Komuniti anak-anak Tukugho. Ekoran penjenamaan semula,
pemilihan Ketua Kaunsel yang pertama telah dibuat secara lantikan terus yang bukan dari kalangan bekas penuntut SRJK(I) Batu Kurau itu sendiri.

Akhirnya Forum Komuniti Tukugho Kapongku telah berdiri seperti yang dilihat sekarang dengan penambahan ahli berdaftar sebenar melampaui 300 orang. Pemilihan penaung dan ahli Kounsel juga telah dibuat sebegitu rupa seolah-olah ianya sebuah pertubuhan siber yang sistematik. Akan tetapi ianya masih lagi mengekalkan identiti yang asal yang tidak melibatkan diri dalam kancah politik kepartian serta bukan sebuah persatuan berdaftar. Kesinambungan berterusan dengan gelagat ahli-ahli pria yang masih berkomunikasi secara tidak formal

26hb May 2009

This Skin was Created by SickforGaborik/Meow of Signature Sports